PANJENENGAN PENGUNJUNG NOMER

JAM PIRO SAIKI

Thursday, December 6, 2007

KUALITAS PRIA YG DISUKAI WANITA

1. Percaya Diri
Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita.
Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain
badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba
bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran
yang dimiliki akan menjadi lebih baik.
Berdiri tegak ketika bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman
di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda
yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya.
Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.
2. Lelaki Lucu
Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat.
Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih.
Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak,
cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu
menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Pujukan dengan
cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan
suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan
krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya
menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.
3. Romantik
Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus diingat
romantik bukan bermakna gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah
pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Sikap yang mengambil
berat tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang
sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau
agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan
yang romantik.
4. Lelaki Bijak
Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan,
selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke
dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu
atau perkara baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca.
Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tapi anda boleh mencubanya.
Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda
seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair
dengan lelaki yang kelihatan intelek.
5. Suka Kanak-Kanak
Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas
dalam pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita
mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan
anda layak menjadi bapa yang penyayang.
6. Bijak Berdandan
Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain
pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi
tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih

Sumber -: Sarikata.com :-

No comments: