PANJENENGAN PENGUNJUNG NOMER

JAM PIRO SAIKI

Tuesday, February 13, 2007

PEMBICARAAN RASULULLAH SAW DENGAN IBLIS

>PEMBICARAAN RASULULLAH SAW DENGAN IBLIS
>
>Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang
kepada
>Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda
>tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda
dengan
>menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya
memegang
>tongkat.
>Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"
>Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."
>"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"
>Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau
>bertanyakan kepadaku."
>
>Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah
>musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
>Iblis menjawab, "Lima belas."
>
>1. Engkau sendiri hai Muhammad.
>
>2. Imam dan pemimpin yang adil.
>
>3. Orang kaya yang merendah diri.
>
>4. Pedagang yang jujur dan amanah.
>
>5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
>
>6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
>
>7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
>
>8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
>
>9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
>
>10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
>
>11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
>
>12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
>
>13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
>
>14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
>
>15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang
orang-orang
>lain semuanya tidur.
>
>Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di
>kalangan umatku ?"
>Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-
>
>1. Hakim yang tidak adil.
>
>2. Orang kaya yang sombong.
>
>3. Pedagang yang khianat.
>
>4. Orang pemabuk/peminum arak.
>
>5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
>
>6. Pemilik harta riba'.
>
>7. Pemakan harta anak yatim.
>
>8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering
meninggalkan
>solat.
>
>9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
>
>10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada
faedah.
>
>
>Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
>Itulah di antara pembicaraan Nabi dan iblis. seharusnya kita maklum
>bahwa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu
>hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan
>iblis, karena siapa yang menjadi kawan iblis maka akan menjadi musuh
>Allah. Demikianlah sebaliknya, siapa yang menjadi musuh iblis berarti
>menjadi kekasih Allah.
>
>________________________________
>

No comments: